Monday, November 28, 2011

Home » » Sikap Atau Alasan ?...

Sikap Atau Alasan ?...

Alasan mengatakan bahawa mempelajari bahasa arab Al quran itu sukar, adakah benar-benar boleh diterima ataupun helah yang diwarisi dari zaman ke zaman mahupun peninggalan yang diamalkan dari generasi ke generasi...

Sering kali kita mendengar ungkapan yang mengatakan
" Jika Kita Gagal Merancang, Kita Merancang Untuk Gagal "
Ungkapan semangat dan motivasi yang sering kali dikaitkan dengan bidang pengurusan, strategi dan penentuan objektif dan matlamat sesebuah organisasi samada jangka masa pendek mahupun panjang. Disebalik perancangan yang pincang kita telah pun mengetahui risiko dan kegagalan yang bakal menimpa dan terjadi serta akibat dan kesan kepada kita sendiri, maka kita akan berusaha memerah otak dan mengerahkan tulang empat kerat dengan semaksima mungkin bagi memastikan perancangan itu berhasil dan memberikan pulangan yang lumayan.

Persoalannya, sejauh manakah perancangan usaha yang telah kita lakukan untuk mempelajari Al Quran???.. Sejauh manakah kita meletakan kepentingan Al Quran mengatasi lain-lain kepentingan???... Seberapa banyakkah usaha dan pelaksanaan yang telah kita lakukan demi memahami isi kandungan Al Quran???.. Secara jujurnya, aku mengakui, bahawa jauh sekali.. Terlalu sedikit usaha dan tekad yang aku curahkan demi Al Quran... Menginsafi hal yang demikian, sesungguhnya Allah telah menjadikan Al Quran itu mudah. Tiada yang dusta mengenai kata-kata Allah...

Bayangkan, jika kita memahami seluruh makna perkataan yang terkandung di dalam surah Al Fatihah maka kita telah pun mengetahui 7500 patah perkataan yang sering berulang kali dinyatakan di dalam Al Quran.. Malahan dengan memperuntukkan secebis masa mengamati makna Surah Al Fatihah dan 6 surah-surah terakhir daripada Al quran serta doa-doa dan zikir-zikir hatian yang sering kali dialunkan dibibir mulut kita sahaja telah memberikan kita erti dan maksud hampir 40,000 patah perkataan di dalam Al Quran, dan ianya bermaksud hampir 50% daripada makna dan maksud perkataan Al Quran telah pun kita ketahui..

Kebenarannya, bukanlah faktor MASA atau USAHA. Ianya adalah sikap dan pemikiran. 15 minit setiap hari bukanlah sesuatu yang menuntut supaya seluruh dihentikan seluruh urusan dan aktiviti, 15 minit setiap hari bukanlah menjadikan 24 jam sehari menjadi begitu singkat. 15 minit setiap hari tidak akan membuatkan kita mengabaikan segala-galanya. 15 setiap hari cukup bermakna jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

15 minit setiap hari untuk kita membaca dan merenung akan ayat-ayat Allah,

5 minit membaca Al Quran.
5 minit mengamati tafsiran dan tadabbur serta tafakkur.
5 minit memahami makna perkataan Al Quran.

15 minit setiap hari cukup besar nilainya...




















No comments:

Post a Comment