Sunday, November 27, 2011

Home » » Belajar Ribuan Ayat Al Quran Dalam Masa Sejam

Belajar Ribuan Ayat Al Quran Dalam Masa Sejam

Percaya ataupun tidak kita mampu mempelajari dan mengetahui ribuan makna dan erti ayat-ayat Al quran dalam masa satu jam..Bunyinya agak ganjil, malahan mustahil. Namun, apakah rahsia dan formula disebalik perkara tersebut... Tiada rahsia yang tersembunyi dan tiada teka teki disebaliknya, hasil daripada penelitian dan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dan ilmuan mendapati satu perkara yang cukup mengagumkan, semoga Allah memberikan ganjaran dan imbalan yang setimpal di atas apa yang telah mereka lakukan dan mubarak lakum wa jazakumullahu khairan jaza'. Di sini kita kongsikan apa yang sangat menarik dan amat bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.

Mari kita merenung dan berfikir sejenak, pernahkah kita bertanyakan diri kita, berapakah jumlah perkataan yang terdapat di dalam Al Quran???.. Jika jawapannya adalah YA!! Alhamdulillah, sememangnya anda seorang yang perihatin, malahan jika sebaliknya, maka marilah bersama-sama kita merungkai jawapan kepada persoalan tersebut,

Berdasarkan kepada mushaf yang selalu kita baca,
  • Halaman/Mukasurat = 600
  • Baris setiap halaman = 15
  • Jumlah perkataan setiap baris = 9
  • So, 15 darab 9 maka jawapannya adalah 130.
  • Then 130 patah perkataan didarab 600 muka surat, jawapannya adalah sebanyak 78,000
  • Maka jumlah perkataan yang terdapat di dalam Al Quran SECARA ANGGARANNYA adalah sebanyak 78,000.
Daripada jumlah keseluruhan perkataan 78,000 hanya terdapat 17,000 perkataan yang tidak berulang, selebihnya adalah perkataan yang berulang-ulang iaitulah sebanyak 61,000. 

Seterusnya, daripada jumlah perkataan sebanyak 17,000, terdapat sebanyak 4,500 perkataan unik, iaitulah perkataan yang berubah-ubah mengikut kaedah ilmu sorof. Sebagai contoh, kita ambil perkataan asal iaitu  علم (Alima)  perkataan ini boleh berubah kepada علّم (Al lama), تعلّم ( Ta allama) عالم ( Aa limun) معلوم (Ma' lum) dan sebagainya. Maka jika sekiranya, anda mengetahui kaedah sorof dan mempelajari bahasa arab, jumlah perkataan unik 4,500 ini akan berkurangan dan jumlah perkataan asal yang perlu kita kuasai, hanyalah sebanyak 1,850 patah perkataan sahaja. 

Apakah sepanjang umur kita, kita tidak mampun untuk menguasai 1,850 patah perkataan ini???....

Maka benarlah kata Allah, " Dan demi sesungguhnya,! Kami telah memudahkan Al Quran itu untuk peringatan dan pengajaran"
 Tanggapan yang mengatakan bahawa Al Quran itu sukar adalah daripada bisikan syaitan, malah jangan jangan sesekali kita bersetuju dan jangan berkata sedemikian...









No comments:

Post a Comment