Tuesday, March 6, 2012

Wazan Fiil Madhi Sulasi Mujarrad

Wazan dan acuan adalah merupakan sesuatu yang lumrah di dalam bahasa arab... Kekadang terfikir juga, mengapalah banyak sangat wazan yang perlu diingati dan dihafal.. Di sini aku ingin berkongsi dengan para pembaca yang budiman satu Formula Ajaib yang sangat bermanfaat bagi kita mudah ingat wazan fiil madhi sulasi mujarrad iaitulah..

mAnA bIsA bAtu kAlI tUrUn sendIrI.. Mudah bukan.. tapi apa maksudnya???.. Sabar.....

mAnA adalah formula bagi فعَل - يفعَل 

bIsA adalah formula bagi فعِل - يفعَل

bAtU adalah formula bagi فعَل - يفعُل

kAlI adalah formula bagi فعَل - يفعِل

tUrUn pula adalah formula bagi فعُل - يفعُل

manakala sendIrI pula adalah bagi فعِل - يفعِل

So, mudah bukan.. paling kurang anda telah pun mempunyai satu formula untuk menghafal wazan fiil madhi sulasi mujarrad.....

mAnA bIsA bAtu kAlI tUrUn sendIrI
Selamat dan tetap istiqamah mempelajari bahasa arab....

Sunday, December 18, 2011

ABM 3: Singular Vs Plural Bhgn 2


Alhamdulillah, bertemu kembali. Pada kesempatan ini, kita nak bercerita berkenaan dengan kategori plural ( ramai) plak. Dan kita masih lagi berkisar berkenaan dengan kata ganti nama ( ad dho ma ir). Jadual di bawah ini, menunjukan kata ganti nama yang diguna pakai khusus bagi bilangan yang ramai.
Kata Ganti Nama Arab
Kata Ganti Nama B.Melayu
Kategori
هم
Mereka ( Lelaki )
Plural/Ramai
أنتم
Awak/Kamu Semua
( Lelaki )
Plural/Ramai
نحن
Kami
( Lelaki/Perempuan )
Plural/Ramai

ABM 2: Mufrad vs Jama'


Abm 2@ Arab Mudah 2 pada kali ini akan kita bincangkan  berkenaan dengan singular n plural, dalam bahasa arabnya kita panggil mufrad (singular) dan jama' (plural) . Dan ianya masih lagi berkait dengan apa yang telah dinyatakan dalam Abm 1 iaitu kata ganti nama (ad dho ma ir). Setiap kata ganti nama bahasa arab mewakili setiap jantina dan bilangan yang tertentu.
Kata Ganti Nama Arab
Kata Ganti Nama B.Melayu
Kategori
هو
Dia ( Lelaki )
Singular/Tunggal
أنت
Awak/Kamu ( Lelaki )
Singular/Tunggal
أنا
Saya
( Lelaki/Perempuan )
Singular/Tunggal

Saturday, December 17, 2011

ABM 1. Kata Ganti Nama

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata ganti nama ataupun di dalam bahasa arabnya dipanggil الضمائر ( dho ma ir ), apa yang menjadikan bahasa arab itu unik adalah bilangan kata ganti namanya. Terdapat sebanyak 14 kata ganti nama yang setiap satunya dikhususkan mengikut jantina dan bilangan serta subjek yang tertentu. Mak aiii.. Banyaknyerrr... Susahlah macam ni.. Rileks je bro.. Tenang...

Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunyer.. Tul x.. InsyaAllah kita sama-sama belajar dan terus belajar....

Kita mulakan dengan 6 kata ganti nama sebagai permulaan.

Monday, November 28, 2011

Al Fatihah

Surah Al Fatihah

Sikap Atau Alasan ?...

Alasan mengatakan bahawa mempelajari bahasa arab Al quran itu sukar, adakah benar-benar boleh diterima ataupun helah yang diwarisi dari zaman ke zaman mahupun peninggalan yang diamalkan dari generasi ke generasi...

Sering kali kita mendengar ungkapan yang mengatakan
" Jika Kita Gagal Merancang, Kita Merancang Untuk Gagal "
Ungkapan semangat dan motivasi yang sering kali dikaitkan dengan bidang pengurusan, strategi dan penentuan objektif dan matlamat sesebuah organisasi samada jangka masa pendek mahupun panjang. Disebalik perancangan yang pincang kita telah pun mengetahui risiko dan kegagalan yang bakal menimpa dan terjadi serta akibat dan kesan kepada kita sendiri, maka kita akan berusaha memerah otak dan mengerahkan tulang empat kerat dengan semaksima mungkin bagi memastikan perancangan itu berhasil dan memberikan pulangan yang lumayan.

Sunday, November 27, 2011

Belajar Ribuan Ayat Al Quran Dalam Masa Sejam

Percaya ataupun tidak kita mampu mempelajari dan mengetahui ribuan makna dan erti ayat-ayat Al quran dalam masa satu jam..Bunyinya agak ganjil, malahan mustahil. Namun, apakah rahsia dan formula disebalik perkara tersebut... Tiada rahsia yang tersembunyi dan tiada teka teki disebaliknya, hasil daripada penelitian dan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dan ilmuan mendapati satu perkara yang cukup mengagumkan, semoga Allah memberikan ganjaran dan imbalan yang setimpal di atas apa yang telah mereka lakukan dan mubarak lakum wa jazakumullahu khairan jaza'. Di sini kita kongsikan apa yang sangat menarik dan amat bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.