Tentang Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya, terhasil juga blog ini, niat dan hasrat hati nak berblog telah pun tertanam sejak sekian lama, malahan telah beberapa kali aku cuba untuk membangunkan blog aku sendiri, namun hambatan tugas dan urusan seharian yang membuatkan hasrat hati sering sahaja tertangguh.. Hahahaha.. Macam ayat alasan pun ada, Emm.. Mungkin ini yang lebih tepat lebih cocok buat aku... Rupa-rupanya bukan senang nak menulis, idea dan buah fikiran yang ingin dijelmakan dalam bentuk tulisan sedikit sebanyak membuatkan aku kekok untuk memulakannya. Kepada para blogger yang sentiasa meng update blog mereka, aku ucapkan syabas dan tahniah... Aku akui bukan senang nak maintenance dan istiqamah, InsyaAllah, akan aku gagahi jua jari jemari ini untuk mengetik papan kekunci laptop usang aku ini...

So, Istilah AKU membuatkan aku lebih mudah untuk menulis, santai dan tidak begitu formal... Malah membuatkan kotak fikiran aku lebih rileks... Lagipun, AKU lebih dekat dan mesra.

Blog ini aku bangunkan, untuk sama-sama berkongsi pendapat, bertukar informasi dan maklumat, khususnya dalam bidang bahasa arab... Aku yakin dan percaya, aku bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap dan menulis berkenaan hal ini, diluar sana terdapat para pakar dan tokoh yang hebat dan lebih mantap tahap keilmuannya dalam bidang ini... Aku mengharapkan tunjuk ajar dan nasihat serta komentar yang membantu untuk aku terus belajar dan terus belajar bahasa arab ini.

Akhirnya, salam kenal buat semua...