Monday, November 28, 2011

Al Fatihah

Surah Al Fatihah

Sikap Atau Alasan ?...

Alasan mengatakan bahawa mempelajari bahasa arab Al quran itu sukar, adakah benar-benar boleh diterima ataupun helah yang diwarisi dari zaman ke zaman mahupun peninggalan yang diamalkan dari generasi ke generasi...

Sering kali kita mendengar ungkapan yang mengatakan
" Jika Kita Gagal Merancang, Kita Merancang Untuk Gagal "
Ungkapan semangat dan motivasi yang sering kali dikaitkan dengan bidang pengurusan, strategi dan penentuan objektif dan matlamat sesebuah organisasi samada jangka masa pendek mahupun panjang. Disebalik perancangan yang pincang kita telah pun mengetahui risiko dan kegagalan yang bakal menimpa dan terjadi serta akibat dan kesan kepada kita sendiri, maka kita akan berusaha memerah otak dan mengerahkan tulang empat kerat dengan semaksima mungkin bagi memastikan perancangan itu berhasil dan memberikan pulangan yang lumayan.

Sunday, November 27, 2011

Belajar Ribuan Ayat Al Quran Dalam Masa Sejam

Percaya ataupun tidak kita mampu mempelajari dan mengetahui ribuan makna dan erti ayat-ayat Al quran dalam masa satu jam..Bunyinya agak ganjil, malahan mustahil. Namun, apakah rahsia dan formula disebalik perkara tersebut... Tiada rahsia yang tersembunyi dan tiada teka teki disebaliknya, hasil daripada penelitian dan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dan ilmuan mendapati satu perkara yang cukup mengagumkan, semoga Allah memberikan ganjaran dan imbalan yang setimpal di atas apa yang telah mereka lakukan dan mubarak lakum wa jazakumullahu khairan jaza'. Di sini kita kongsikan apa yang sangat menarik dan amat bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.

Salam Ukhuwwah

Salam ukhuwwah buat semua....