Sunday, December 18, 2011

ABM 3: Singular Vs Plural Bhgn 2


Alhamdulillah, bertemu kembali. Pada kesempatan ini, kita nak bercerita berkenaan dengan kategori plural ( ramai) plak. Dan kita masih lagi berkisar berkenaan dengan kata ganti nama ( ad dho ma ir). Jadual di bawah ini, menunjukan kata ganti nama yang diguna pakai khusus bagi bilangan yang ramai.
Kata Ganti Nama Arab
Kata Ganti Nama B.Melayu
Kategori
هم
Mereka ( Lelaki )
Plural/Ramai
أنتم
Awak/Kamu Semua
( Lelaki )
Plural/Ramai
نحن
Kami
( Lelaki/Perempuan )
Plural/Ramai

ABM 2: Mufrad vs Jama'


Abm 2@ Arab Mudah 2 pada kali ini akan kita bincangkan  berkenaan dengan singular n plural, dalam bahasa arabnya kita panggil mufrad (singular) dan jama' (plural) . Dan ianya masih lagi berkait dengan apa yang telah dinyatakan dalam Abm 1 iaitu kata ganti nama (ad dho ma ir). Setiap kata ganti nama bahasa arab mewakili setiap jantina dan bilangan yang tertentu.
Kata Ganti Nama Arab
Kata Ganti Nama B.Melayu
Kategori
هو
Dia ( Lelaki )
Singular/Tunggal
أنت
Awak/Kamu ( Lelaki )
Singular/Tunggal
أنا
Saya
( Lelaki/Perempuan )
Singular/Tunggal

Saturday, December 17, 2011

ABM 1. Kata Ganti Nama

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata ganti nama ataupun di dalam bahasa arabnya dipanggil الضمائر ( dho ma ir ), apa yang menjadikan bahasa arab itu unik adalah bilangan kata ganti namanya. Terdapat sebanyak 14 kata ganti nama yang setiap satunya dikhususkan mengikut jantina dan bilangan serta subjek yang tertentu. Mak aiii.. Banyaknyerrr... Susahlah macam ni.. Rileks je bro.. Tenang...

Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunyer.. Tul x.. InsyaAllah kita sama-sama belajar dan terus belajar....

Kita mulakan dengan 6 kata ganti nama sebagai permulaan.